Flower

Flower

Friday 16 October 2015

Boat Noddles, D Pulze Cyberjaya

Pada hari ini... Saya sempat ke Boat Noddles di Bangunan D Pulze, Cyberjaya bersama officemates, Adlina dan Shanthi... Bawa mereka ke sini sbb katanya diorang xpernah makan di restoren ni... Masa lunch hour (2 jam 45 min) yang lama sempatla kami datang ke sini.. Alhamdulillah... Boat Noddles ni asalnya makanan dari Thailand. Bezanya di sana dijual di dalam bot... Berlainan disini dijual di restoren berhampiran dengan orang ramai... Menu yang kami pilih ketika ini lebih kepada ayam kerana Shanthi xbole makan daging... Apapun diorang suka semua hidangan di Boat Noddles nih... Antara hidangan yang kami order...


Fresh Thai Coconut

Pathumthani - Chicken Thai Rice Noddles


Noddles nih adalah kuewtiau... dihidang bersama meatball dan sayur batang kangkuk yang dipotong kecil-kecil bersama sup... cuma rasanya masam sedikit... tapi sedap.. dan yang pasti kuantitinya sedikit.. disebabkan kuantitinya sedikit... selalunya pelanggan yang datang ke sini akan order banyak... bermangkuk-mangkuk... semangkuk harganya RM1.90

Chicken Thai Rice Noddles with Chicken Meat Balls

Thai Popeye's Tempura


Thai Popeye's Tempura ni sebenarnya daun kangkung yang digoreng bersama tepung tempura... sungguh rangup dan sedap kerana dihidang bersama special sauce seperti dalam gambar... sungguh sedap...

Kami juga sempat order chicken wings last minute... pendapat kami chicken wing yang dihidangkan seperti di tempat-tempat lain... namun tekaan meleset sama sekali... ayam yang dihidang adalah saiz burung puyuh... dipotong kecil... walaupun kecil... tapi sedappp...

Untuk menu yang kami pilih ni... Semuanya rm89+... Walaupun kuantiti sedikit tapi harganya boleh tahan gakkk... Tapi yang penting puas hati sebab sedap... hik3... 


No comments:

Post a Comment