Flower

Flower

Saturday 16 January 2016

Family Trip To Bali 21 - 25.12.2015 (2nd Day & 3rd Day)

2nd Day


Okey, hotel yang kami menginap pun dah di upload gambarnya dalam post sebelum ini, kali ni saya menceritakan serba sedikit aktiviti kami pada hari kedua. Pada jam 9.oo pagi kami dijemput oleh Mr. Suda di hotel. Destinasi kami yang pertama adalah melihat keindahan Kintamani di mana kami boleh melihat gunung berapi yang dinamakan Gunung Batur dan Tasik Batur yang cukup cantik selain menikmati cuaca sejuk seperti di Cameron Highland. Perjalanan ke Kintamani agak jauh juga dari hotel kami, dalam 66km +. Namun ia cukup berbaloi. Mr. Suda membawa kami ke satu restoren yang betul-betul lokasinya bertentangan dengan Gunung Batur di mana kami bole melihatnya dengan lebih dekat.

 Gunung Batur & Tasik Batur

 Permandangan yang cantik


 Restoren menghadap Gunung Batur

 Restoren menyediakan hidangan Buffet

 Dhiazarasofea

 Dhiazarasofea & Papa


Permandangan sepanjang perjalanan ke Kintamani


Kami makan tengahari di restoren ini berkonsepkan buffet. Keadaan disini begitu sejuk seperti kita berada di Cameron Highland. Bagi saya permandangan di sini cukup indah, sejuk dan nyaman. Semasa perjalanan pergi dan balik dari Kintamani, saya sempat merakam video kawasan sawah padi yang dinamakan Lapangan Munggu. Kawasan sawah padi yang menghijau dan cantik...

Lapangan Munggu


Seterusnya kami dibawa ke destinasi kedua oleh Mr. Suda iaitu salah satu tempat membuat Batik Bali. Di sini kami mengetahui cara membuat batik dan sempat memasuki kedai yang menjual batik tersebut. 

Friday 15 January 2016

Family Trip To Bali 21 - 25.12.2015 (1st Day & 2nd Day)

Alhamdulillah... Akhirnya saya berpeluang bercuti bersama keluarga ke Bali baru - baru ini.. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan ketika berada di sana... Permandangannya cukup indah sekali... Seandainya berpeluang lagi, ingin saya kembali bercuti ke sana untuk menikmati panorama indah yang cukup memukau hati dan sanubari saya (chewah... ayat... xhingattt)... Biarlah gambar berbicara k...

Sebelum tu, saya ingin memaklumkan berkaitan tiket flight dan pakej yang saya ambil sepanjang berada di Bali. Saya telah menempah tiket pada bulan Sept berjumlah RM2,374.00 tidak termasuk menu di dalam flight. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di sini Bali Flight Ticket. Jumlah ini melibatkan 3 dewasa dan seorang kanak-kanak. Pakej yang saya pilih adalah hanya melibatkan 'Ground Package' yang mana tidak termasuk hotel kerana saya telah memilih hotel sendiri dan membayarnya melalui Agoda.com. Ground Package yang dimaksudkan adalah aktiviti yang dilakukan disana sepanjang 5H 4M bersama khidmat Private Coach dan makan minum. Pakej ini bernilai RM420 seorang bagi dewasa dan RM350 seorang bagi kanak-kanak. Jumlah keseluruhan saya perlu bayar adalah RM1700 termasuk insurans seandainya berlaku 'kesusahan' atau 'kecuaian' ketika berada di negara orang. Saya mendapatkan khidmat ini melalui salah seorang ejen dari Dinar Holidays. Maklumat lanjut mengenai pakej yang saya dapat berdasarkan bayaran yang telah saya buat adalah seperti di sini Bali Ground Package. Saya akan menceritakan mengenai hotel yang kami menginap selanjutnya selepas ini... 

Kami sempat merakamkan 'moment' semasa berada di KLIA2 sebelum berangkat ke Bali...



 Mr. Hubby bersama Wan Dhiazarasofea

Wiyo Service (Rent)

Saya menggunakan servis Wiyo sepanjang berada di Bali. Caj yang dikenakan adalah berjumlah RM28 sehari dan deposit yang diperlukan adalah berjumlah RM200.. Jadi kami perlu bayar RM340 untuk menikmati servis internet di Bali... Deposit dikembalikan dalam masa 3 hari bekerja ke dalam akaun saya setelah ia dipulangkan dalam keadaan baik.

 Dhiazarasofea tak sabar naik Flight

Tengah menunggu hidangan di Hometown Hainan Coffee KLIA2

Dhiazarasofea sempat 'pau' papa kat ToysRUs untuk dapatkan 'Babys Alive'


Kami bertolak pada jam 9.30 pagi dan dijangka sampai ke Bali pada jam 12.30 tgh. Namun flight delay selama 20 minit.. Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat. Dhiazarasofea yang paling excited untuk naik flight walaupun sebelum ni dia pernah naik dan bukan pengalaman pertama bagi dia...



1st Day

Kami sampai di Ngurah Rai Bali Airport 20 minit lewat dari sepatutnya dijadualkan. Setelah mengambil kesemua baggage di tempat pengambilan bagasi, kami terus bergegas keluar untuk mencari 'Tourist Guide' yang akan membawa kami bersiar sepanjang 5H 4M di Bali.. Tourist Guide kami dengan gelaran Mr. Suda sudah berda di lapangan terbang seawalnya menunggu ketibaan kami.. Mr. Suda merupakan salah seorang pekerja di Truly Asia Tour Bali. Beliau seorang yang sangat peramah dan sedia memberi pertolongan sepanjang kami berada di sana. Servis beliau MEMANG TERBAIKKK...

Bertemu sahaja Mr. Suda, kami dibawa untuk makan tengahari di Restoren Pawon Pasundan. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, segala makan minum kami sepanjang berada disini adalah termasuk kos 'Ground Package' tersebut. Makanan yang disediakan disini cukup enakkk sekali... 



 Minuman yang disediakan...

 'Nasi Timbel Komplit' yang cukup enak sekali

 Menu untuk Dhiazarasofea

 Dekorasi yang cantik...

 Salah satu ruang makan di sini..

 Dhiazarasofea offer minta mama snap gambar dia...



Seterusnya kami di bawa ke tempat penginapan kami iaitu Casa di Ungasan Bali.. Penginapan yang kami pilih adalah '2 Bedroom Residence With Breakfast'. Kos untuk 1 malam adalah RM217.94. 

 Permandangan luar 



 Bilik yang disediakan

Dhiazarasofea n Papa

Aktiviti pertama hari di sini adalah 'melepak' di hotel kerana tiada aktiviti yang dinyatakan di dalam pakej yang kami pilih sebelum ini. 




2nd Day

Disebabkan beberapa perkara selain penginapan yang dipilih lokasinya jauh dari bandar, kami seterusnya berpindah ke Bayt Kaboki Hotel pada hari kedua yang mana lebih dekat dan senang untuk Mr. Suda mengambil dan menghantar kami pulang ke tempat penginapan. Selain itu, hotel ini menyediakan makanan halal dan mendapat pengiktirafan Sijil Halal. Kos penginapan kami disini adalah IDR3,112,500 (3 Malam) bagi 1 bilik Garden View Suite Room. Saya terpaksa ambil 1 bilik Suite memandangkan kami terdiri daripada 3 dewasa dan 1 kanak-kanak. Mak saya tak boleh duduk sorang-sorang dalam 1 bilik. Jadi kami ambil 1 bilik yang agak besar yang boleh memuatkan extra katil untuk wan dhia. Alhamdulillah, pemilihan hotel ini berdasarkan bantuan Tourist Guide kami yang baik hati ini Mr. Suda.  



 Ruang Hadapan Hotel yang unik



 Ruangan Hotel Lobby





 Ruang Rekreasi










 Kolam yang disediakan