Okey, hotel yang kami menginap pun dah di upload gambarnya dalam post sebelum ini, kali ni saya menceritakan serba sedikit aktiviti kami pada hari kedua. Pada jam 9.oo pagi kami dijemput oleh Mr. Suda di hotel. Destinasi kami yang pertama adalah melihat keindahan Kintamani di mana kami boleh melihat gunung berapi yang dinamakan Gunung Batur dan Tasik Batur yang cukup cantik selain menikmati cuaca sejuk seperti di Cameron Highland. Perjalanan ke Kintamani agak jauh juga dari hotel kami, dalam 66km +. Namun ia cukup berbaloi. Mr. Suda membawa kami ke satu restoren yang betul-betul lokasinya bertentangan dengan Gunung Batur di mana kami bole melihatnya dengan lebih dekat.
Gunung Batur & Tasik Batur
Permandangan yang cantik
Restoren menghadap Gunung Batur
Restoren menyediakan hidangan Buffet
Dhiazarasofea
Dhiazarasofea & Papa
Permandangan sepanjang perjalanan ke Kintamani
Kami makan tengahari di restoren ini berkonsepkan buffet. Keadaan disini begitu sejuk seperti kita berada di Cameron Highland. Bagi saya permandangan di sini cukup indah, sejuk dan nyaman. Semasa perjalanan pergi dan balik dari Kintamani, saya sempat merakam video kawasan sawah padi yang dinamakan Lapangan Munggu. Kawasan sawah padi yang menghijau dan cantik...
Lapangan Munggu
Seterusnya kami dibawa ke destinasi kedua oleh Mr. Suda iaitu salah satu tempat membuat Batik Bali. Di sini kami mengetahui cara membuat batik dan sempat memasuki kedai yang menjual batik tersebut.